fbpx

Diana Amir Masih Ligat Kerja, Bakal Menimang Anak Perempuan

Ogos lalu, para peminat menerima berita gembira yang Diana Amir sudah hamil tiga bulan & beliau mendirikan rumahtangga dengan Mohd Habib pada Oktober 2013 yang lalu. Pasti ramai mahu tahu perkembangan terbaru pelakon dan pengacara ini.

Bercakap kepada Harian Metro Diana Amir mengakui yang dirinya perlu aktif bekerja & tidak boleh duduk diam walaupun kini sedang sarat mengandung enam bulan.

“Saya kena selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak membuat sebarang kerja kepala boleh pening dan nak muntah diibuatnya. Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu hanya mahu berehat saja di rumah. Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula rasa mual macam hendak muntah”

“Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja dan alhamdulillah tak ada pula nak pening atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini sukakan ibunya aktif,” ujar Diana Amir.

Dalam temubual sama, Diana Amir mendedahkan yang beliau dan suami bakal menyambut anak perempuan yang juga merupakan anak sulung mereka sekitar Februari 2015.

“Sama ada bayi perempuan atau lelaki, saya dan suami menerima dengan hati terbuka apa saja jantina zuriat dianugerahkan Tuhan. Pada kami, apa yang penting Tuhan sudah memakbulkan doa untuk menganugerahkan zuriat pengikat kasih dibina”

“Itu sudah membuatkan kami sangat bersyukur. Bahkan, saya juga berharap dipermudahkan Tuhan dalam proses kelahiran nanti. Semoga semuanya berjalan lancar,” tambahnya. (rtky/m)