fbpx

“Dia Orang Kenamaan, Saya Orang Kampung Saja”

Umum sudah mengetahui tentang hubungan cinta diantara ikon fesyen, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim walaupun kedua pihak masih memilih untuk berdiam diri. Namun bagi Wak Doyok, jika ditanyakan tentang jodoh, beliau tidak menolak jika ditakdirkan jodohnya bersama wanita itu.

BACA: Wak Doyok Bengang Dituduh Gay Dengan Myo

“Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya. Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua”

“Dia bukan orang sembarangan dan saya pula hanya orang kampung sahaja, rasa macam tidak padan pula. Tapi bagi saya untuk memikit seorang wanita perlu memikat kedua-dua ibu bapanya dahulu,” jelasnya kepada m Star Online berhubung hubungan beliau dengan wanita itu.

Bagaimanapun, walaupun pasangan ini kelihatan begitu sepadan sekali ketika menghadiri majlis bersama-sama, Wak Doyok akui terdapat jurang besar diantara mereka. Namun baginya, jika sudah ditakdirkan mereka hidup bersama beliau akan terima dengan hati yang terbuka.

Sebelum ini Wak Doyok pernah dikaitkan bercinta dengan salah seorang wanita VIP namun beliau memilih untuk tidak memberikan komen lanjut mengenai perkara itu. Tidak lama kemudian Wak Doyok dilihat sering meluangkan masa dengan Azrinaz ke majlis-majlis sebelum mengakui sedang rapat dan mengenali hati budi wanita itu. (rkty/w)