fbpx

Di Twitter: Abby Abadi Pertikai Kenyataan Hudud Dr Asri, Peminat Tegur

Twitter: Abby Abadi Pertikai Kenyataan Hudud Dr Asri, Peminat TegurOh kenapa'lah Abby Abadi sebegitu lantang di Twitter. Bukan sekali dua kenyataan selebriti ini menjadi bahan kontroversi dan kali ini melibatkan seorang bekas mufti.

Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih di'kenali sebagai Dr MAZA berkongsi pandangan beliau tentang pelaksanaan hukum hudud menurut Islam.

“Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian — seorang di'potong tangan sedangkan seorang lagi di'penjara kerana berbeza agama?” tulis Dr Asri.

Kenyataan Dr Asri itu lantas di'sambut oleh Abby Abadi yang berbunyi “Maafkan saya. hudud itu 'kan hukum Allah. Dr (Asri) belajar tinggi kenapa masih persoalkan?”

Kenyataan balas Abby Abadi itu turut mendapat sokongan beberapa orang peminat beliau tetapi ramai yang menegur cara beliau mempertikai kenyataan seorang bekas mufti.

Dr. Asri kemudian memberikan komen balas terhadap kenyataan Abby Abadi dengan mengatakan “Seseorang yang kembali kepada agama & juga di'jemput ceramah tidak bererti dia telah benar benar faham Islam. Teliti sebelum komen.”

zp8497586rq