fbpx

Di Sekitar Majlis Resepsi Lana Nodin & David McKenzie

Majlis resepsi Lana Nodin dan juga David McKenzie yang telah sah bergelar suami isteri pagi tadi telah diadakan di hotel Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.

BACA: Lana Nodin & David McKenzie Sah Bergelar Suami Isteri

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dan diwalikan oleh ayah kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi dengan mas kahwin bernilai USD10000 atau RM 32000.

Majlis yang cukup meriah tersebut turut dihadiri keluarga, tetamu dan juga rakan selebriti yang lain. Menurut Lana sebelum ini, dia mengakui dirinya ralat untuk meninggalkan dunia seni selepas berkahwin kerana bakal menghabiskan masa bersama suaminya ke luar negara.

Apa pun, semoga hubungan yang terjalin di antara Lana dan juga David berkekalan hingga ke akhir hayat. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar majlis resepsi pasangan pengantin baru ini. Enjoice!. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Avicenna Studio / Bunga Studio