fbpx

Di Sekitar Majlis Doa Selamat & Baby Shower Fouziah Gous

Pada hari semalam telah diadakan majlis doa selamat dan juga baby shower bagi menyambut kelahiran cahaya mata pertama pelakon dan juga pengacara Fouziah Gous tidak lama lagi.

BACA: Fouziah Gous Kesal Dituduh Pakai Baju Nampak Bra

Majlis yang diadakan itu cukup meriah dan turut dihadiri kenalan rapat serta rakan selebriti yang lain. Sebelum ini, Fouziah menjelaskan bahawa keluarganya merancang untuk melakukan majlis doa selamat bagi menyambut kehadiran bayi manakala majlis baby shower adalah tajaan daripada pihak lain.

Apa pun, semoga Fouziah selamat melahirkan bayi nanti dan pastinya dengan kehadiran cahaya mata pertama dalam keluarga ini nanti bakal membawa lebih sinar bahagia dan keceriaan. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis itu berlangsung semalam. Enjoice! (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: MUHAMMAD ZAMEER