fbpx

Ini merupakan entri pertama untuk liputan perkahwinan Erin Malek yang akan memenuhi ruang hidup anda untuk beberapa hari ini, heh. Kita mulakan dengan majlsi berinai Erin Malek yang telah selamat berlangsung malam tadi di kediaman keluarga beliau.

Menerusi gambar yang dikongsikan menerusi Instagram Erin Malek oleh jurugambar rasmi beliau, Project2Pi dapat dilihat ianya berlangsung dalam suasana sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga, rakan rakan termasuk rakan artis.

Bercakap kepada media tentang pemilihan tarikh 10 Oktober 2014 beberapa bulan lalu, Erin Malek mengakui tarikh 10.10.2014 sebagai sesuatu yang senang diingati selain mereka tidak mahu menangguhkan perkara yang baik sebegini.

Erin Malek turut menambah yang beliau dan bakal suami sudah merancang untuk berbulan madu di Los Angeles, Amerika Syarikat selepas majlis resepsi sebelah lelaki selesai. Seronoknya. Untuk anda, ini beberapa keping gambar sekitar majlis malam berinai Erin Malek. (rtky/m)