fbpx

Dengar Lagu Raya #LebihErat & Ikuti Kisah Lebaran Penuh Meriah Akim, Stacy

Baru baru ini Akim Ahmad dan isterinya Stacy Anam telah melancarkan sebuah lagu baru hasil duet mereka bersama yang bertajuk #LebihErat. Lagu tersebut yang kini sudah punyai video muzik sendiri dicipta khas bersempena Aidilfitri tahun ini.

Memang sedap lagu gandingan mereka berdua ini dan kami jangka #LebihErat akan menjadi salah sebuah lagu raya yang menjadi kegemaran ramai tahun ini. Liriknya juga penuh dengan makna dan semangat bermaafan di Aidilfitri ini.

Untuk menambah kemeriahan lebaran kali ini, Akim Ahmad & Stacy berbesar hati untuk berkongsi pengalaman mereka beraya buat pertama kali sebagai suami isteri dalam sebuah siri mini berepisod secara ekslusif dengan Digi. Anda boleh menerusi 2 episod kat Astro Gempak dan episod seterusnya kat aplikasi Capture — khas untuk anda semua para peminat.

Screen Shot 2016-06-22 at 2.52.26 PM

Jika anda tidka tahu apa itu aplikasi Capture, ianya merupakan sebuah aplikasi yang boleh menyimpan gambar mahu pun video anda secara automatik dari telefon pintar anda. Capture juga boleh mempermudahkan pengguna melayari foto dan video kat telefon, tablet dan web, tidak kira di apa-apa masa dan mana-mana tempat.

Muat turun sekarang dan anda akan dapatkan storan percuma sehingga 100GB dengan Digi Postpaid. Manakala, 2GB percuma storan awan untuk pelanggan bukan Digi.

Storan sebanyak itu mampu menyimpan lebih 1,000 gambar berharga anda supaya anda boleh lebih fokus mencipta kenangan baru tanpa fikir storan telefon bimbit anda penuh atau perlu memadam gambar lama. Lagipun, sebagai pengguna Digi, anda boleh nikmati simpan gambar dan video kat capture TANPA caj internet! Best kan? Jom muat turun sekarang.

Screen Shot 2016-06-22 at 2.51.39 PM

Tonton lebih banyak video lagi tentang persiapan raya Akim Ahmad & Stacy selain babak babak romantis pasangan ini dalam kehidupan seharian mereka di digi.my/rotikaya2 dan jangan lupa muat turun aplikasi Capture untuk dapatkan kemaskini terkini.