fbpx

Demi Watak, Raja Ilya Tidak Kisah Tayang Perut

Bagi pelakon Raja Ilya yang kini sudah berusia 30 tahun, dia percaya bahawa selera penonton yang menyukainya untuk membawakan sesuatu watak adalah sangat penting. Malah dia menjelaskan perkara tersebut adalah lebih penting daripada kepuasan diri sendiri.

BACA: Raja Ilya Tak Sangka Watak Jahat Dihargai

“Bagi saya, kepuasan pengarah, stesen televisyen dan penonton lebih penting daripada kepuasan sendiri. Kalau penonton suka saya bawa watak psiko contohnya, saya akan buat,” jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

Melalui filem terbaru yang dibintanginya itu, dia membawkaan watak seorang wanita Punjabi selain perlu memakai sari yang menyerlahkan perutnya. Pernah membawakan watak sedmikian sebelum ini, Raja Ilya seperti sudah biasa memakai sari.

“Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend sari India macam itu,” nyata Ilya yang turut akan berlakon bersama bintang Bollywood iaitu Kajol dalam filem tersebut. (rtky/s)