fbpx

Dayang Nurfaizah Mahukan Lelaki Yang Ikhlas

Penyanyi Dayang Nurfaizah menjelaskan bahawa dia mahukan lelaki yang memahami dirinya serta benar-benar ikhlas untuk bersama dengannya, berikutan pertanyaan mengenai ciri-ciri lelaki yang didambakan penyanyi yang berasal dari Sarawak itu.

BACA: Dayang Nurfaizah Inginkan Anak, Serah Jodoh Pada Takdir

“Yang penting dia faham betul-betul akan kerjaya Dayang ini serta benar-benar ikhlas untuk mengenali Dayang,” katanya yang ditemui selepas sahaja selesai program rakaman Mentor Legend Raya kelmarin.

Dayang yang seringkali diajukan persoalan mengenai status dirinya itu berkata dia mahu untuk berpasangan dan bercinta seperti orang lain tetrapi melihatkan perkara-perkara seperti perceraian, dan pergaduhan dia takut untuk ke arah itu. Jelasnya dia hanya berdoa agar ditemukan jodoh yang baik-baik pada masa akan datang.

“Bila orang bertanya mengenai perkara ini Dayang mahukan juga keluar berdating seperti pasangan lain. Tapi apabila bekerjaya seperti ini sebenarnya susah untuk untuk dapat. Lagipun Dayang takut bila berkawan dengan orang itu adakah dia benar-benar serius. Takut gaduh-gaduh benda yang seperti itulah membuatkan Dayang tak berani nak berkawan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sifatnya yang pendiam semasa berada di bangku sekolah dahulu menyebabkan Dayang tidak mempunyai ramai kawan. Dayang turut memberitahu ibunya memahami akan keadaan itu.

“Ada orang cuba untuk mendekati tetapi Dayang tak tahu ‘signal’ itu sebab tak pernah bercinta. Kalau sesiapa sahaja yang kenal Dayang masa sekolah dulu, Dayang ini seorang yang terlalu pendiam dan mempunyai kawan yang sedikit sahaja”

“Jadi bila orang tanya pasal kahwin barulah Dayang terfikir. Cuma Dayang bernasib baik keluarga tak pernah tanya dan mereka masih ingat Dayang ini masih kecil dan berada di tingkatan 5. Itu yang menyebabkan Dayang relax sedikit,“ katanya lagi. (rtky/h)