fbpx

Datuk Yusof Haslam: Tindakan Undang Undang Akan Tetap Diteruskan

Selaku produser dan pengalamannya hampir 30 tahun dalam industri perfileman, Datuk Yusof Haslam mewakilkan anaknya yang juga pengarah kepada filem KL Gangster 2, Syamsul Yusof yang tidak dapat hadir kerana tertekan setelah filem yang dijangka keluar pada 3 Oktober telah disebarkan oleh perompak digital sebulan lebih awal.

Melihat industri filem yang semakin tenat Datuk Yusuf Haslam menegaskan bahawa tindakan undang undang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

“Menwarwarkan kepada internet hasil karya seseorang adalah perbuatan sabotaj yang kejam dan amat menjijikkan. Sebagai penerbit dan bekas pengarah filem isu ini amat sensitif kerana melibatkan hasil karya orang lain,” ujarnya yang ditemui di majlis sidang media Isu Cetak Rompak Filem KL Gangster 2.

Walaupun filem yang disebarkan itu hanyalah bahan raw yang hanya 70% peratus siap ianya tetap memberi impak kepada filem yang mensasarkan kutipan sebanyak 15 juta.

Ujar Datuk Yusuf lagi, siasatan telah mula dijalankan dan pihak Skop Production sendiri dengan kerjasama pihak berkuasa telah menubuhkan satu badan dan kini mereka telah menemui beberapa tekaan untuk mengaitkan dengan individu yang bertanggungjawab.

“Saya dengan beberapa orang telah turun ke kawasan dan menemui beberapa clue yang dapst mengaitkan individu tersebut namun tiada bukti dan selebihnya pihak berkuasa akan menjalankan siasatan lanjut.”

“Melihat dari kes ini saya tengok ianya telah dirancang awal dan amat mengejutkan kerana perkara ini pertama kali dalam sejarah perfilem Malaysia.”

Tindakan saman juga telah ditegaskan oleh Datuk akan tetap diteruskan.

“Apabila karya telah dicuri tidak akan ada kompromi dan ianya sebagai pengajaran kepada produser filem temptam yang lain oleh itu pihak kami tidak akan berdiam diri dan akan menyaman jutaan ringgit.”

Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Putra Tengku Alauddin selaku promosi turut memberitahu bahawa untuk promosi dia akan meneruskan untuk apa yang dirancang dan penukaran dari segi promosi masih lagi dalam perbincangan.