fbpx

Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir

Melalui akaun Instagram semalam, Datuk Siti Nurhaliza telah berkongsikan beberapa keping gambar beliau ketika tampil menghulurkan bantuan di empat buah pusat pemindahan di Kuantan, Pahang & melahirkan rasa sedih melihat mangsa banjir di kawasan itu.

“Ada di antara mereka rumah berdekatan dengan sungai jadi mereka masih belum boleh dibenar pulang kerana bimbang air akan naik semula”

“Sebagai manusia sudah tentu saya sedih melihat keadaan mereka namun saya kagum dengan semangat mereka yang terus tabah mengharungi dugaan ini,” ujar Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza di’temani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah menyumbangkan 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan dalam tin, beras, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi dan syampu kepada mangsa yang terlibat.

Beliau turut melahirkan rasa syukur yang perancangan untuk membantu mangsa banjir di sana terlaksana & berharap sumbangan kecil itu dapat meringankan beban mereka pada waktu sukar sebegini selain menyeru semua pihak untuk terus menghulurkan bantuan. (rtky/m)