fbpx

Datuk Seri Vida Mahu Bergelar Penyanyi

Menjadikan penyanyi Korea, Pikotaro yang terkenal dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen, sebagai idola, Datuk Seri Vida ingin bergelar penyanyi sensasi sepertinya. Malah kini pula, Datuk Seri Vida sedang giat berusaha untuk mendapatkan penerbit dan penulis lirik untuk lagunya itu.

BACA: Datuk Seri Vida Serik Untuk Kahwin Lagi

“Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro. Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa,” katanya kepada Projek MMO mengenai hasratnya yang ingin menjadi penyanyi.

Lagu yang penuh keunikan itu pernah menjadi perhatian dunia sekitar tahun lalu sehingga penyanyi antarabangsa, Justin Bieber juga pernah melabelkannya sebagai lagu yang paling digemarinya di Internet. Lagu berdurasi 45 saat itu pernah berada di tangga 77 carta Billboard Hot 100.

Siapa tahu mungkin Datuk Vida bakal menjadi penyanyi sensasi seperti Pikotaro juga. Pasti ramai yang tidak sabar ingin menunggu lagu bagaimanakah Datuk Vida bakal persembahkan, seperti Pikotaro, pasti Datuk Vida juga akan mencipta tarian unik tersendiri. (rtky/w)