fbpx

Dato’ Siti Nurhaliza Rancang Bawa SimplySiti Ke Bursa Malaysia

Jenama kecantikan milik Siti Nurhaliza, SimplySiti memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas dilancarkan tiga tahun lalu kerana ianya popular di kalangan penggemar kecantikan di Malaysia — malah produk SimplySiti kini sudah pun menembusi pasaran Timur Tengah.

Dek kerana kejayaan tersebut, Dato’ Siti Nurhaliza merancang untuk membawa SimplySiti Sdn Bhd selangkah ke hadapan dengan menyenaraikan syarikatnya itu ke Bursa Malaysia tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, SimplySiti semakin berkembang. Saya target nak pastikan SimplySiti dapat masuk ke Bursa Saham. Saya tahu semua itu memakan masa dan perlukan strategi dan usaha yang lebih gigih daripada kami. Tapi saya yakin, ia tak mustahil,” ujarnya.

Penyanyi ini berkata demikian ketika majlis sidang media konsert amal Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC: Where the Heart Is yang menyasarkan kutipan dana sebanyak RM4 juta untuk membantu golongan memerlukan. Maklumat lanjut di www.simplysiti.com.my. (rtky/m)