fbpx

Semalam telah berlangsung satu majlis sambutan ulangtahun kelahiran ke-36 Dato’ Siti Nurhaliza yang telah diadakan di hotel The Ritz Carlton, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat rakan artis dan juga pihak media.

Majlis ini juga merupakan majlis penghargaan buat semua yang menyokong kerjaya Siti Nurhaliza yang akan genap 20 tahun pada 1 April ini dan ianya lebih bermakna apabila penyanyi kesayangan ramai ini mendermakan semua wang tunai hadiah yang diterima kepada mangsa banjir.

BACA: Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Bersanding Kali Kedua Dengan Datuk K

“Beberapa individu tampil beri hadiah kepada saya untuk disumbangkan dan jumlah keseluruhan kami berjaya kumpul ialah RM310,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir. Yayasan Nurjiwa milik saya dan suami turut menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk tujuan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza mengakui berdebar apabila usia semakin meningkat kini dan mahu lebih fokus kepada kesihatan beliau juga menambahkan ilmu agama.

“Dengan usia semakin bertambah fokus saya kini adalah untuk lebih peka tentang kesihatan selain itu, saya ingin memperbanyakkan ilmu agama selain menjadi seorang muslimah yang lebih baik,” tambahnya lagi yang lahir pada 11 Januari 1979. (rtky/m)