fbpx

Dato Red, Adira Kongsi Gambar Anak

Selamat menimang cahaya mata sulung tempoh hari, ramai yang tidak sabar ingin melihat wajah penuh bayi comel kepada pasangan Adira dan Dato Red. Menamakan anak perempuan sulung mereka Anggerik, akhirnya Adira dan suami mendedahkan wajah penuh anak mereka.

BACA: Adira AF Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Menerusi akaun Instagram, Dato Red telah memuat naik gambar bayi mereka untuk dikongsikan kepada peminat mereka. Memang comel dan putih seperti ibunya, Adira. Sementara itu, ramai mula membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan bayi itu.

Terdahulu pada tanggal 10 Mac, Adira telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada jam 11.30 malam di sebuah hospital swasta. Manakala ditanya pula mengenai nama bayi, Adira memberitahu nama tersebut diberikan kerana beliau terlalu menyukai bunga tersebut.

Apapun, semoga Adira diberikan kesihatan yang baik ketika menjalani proses berpantang. Diharapkan kelahiran bayi ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan ini. (rtky/w)