fbpx

Daphne Iking Tawar Bantu Gadis Hamil Luar Nikah

Peka dengan situasi semasa mengenai gejala pembuangan bayi yang berleluasa, pengacara dan personaliti TV Daphne Iking terbuka hati untuk menawarkan pertolongan kepada mana-mana individu yang ketakutan mendapatkan pertolongan ketika hamil anak luar nikah.

BACA: Peminat Tidak Setuju Daphne Iking Berbikini

Daphne-Iking-Tawar-Bantu-Gadis-Hamil-Luar-Nikah---ROTIKAYA

If you know anyone who is pregnant and single and unwed – and doesn’t know what to do, please PM me. I can help ok? It must be so terrifying and lonely finding out you are pregnant. Please don’t throw your baby away,” jelas Daphne di laman Facebook miliknya.

Niat murni Daphne untuk menolong indidvidu yang terjebak di dalam masalah tersebut mendapat perhatian daripada peminat yang menyokong usaha murni pengacara berkenaan.

Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan penemuan mayat bayi tanpa kepala yang telah dipotong 15. Laporan terkini daripada The Malaysian Insider menjelaskan antara anggota lain yang baru dijumpai ialah cebisan daging dan dada bayi tersebut manakala usaha mencari kepala dan bahagian kemaluan mangsa masih lagi diteruskan.

Mayat bayi yang didakwa berusia tujuh bulan itu dijumpai di loji kumbahan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, petang semalam. (rtky/s)