fbpx

Dafi Usaha Keras Terbit Album Baru, Tak Harap Duit Bapa

Bekas pelajar Akademi Fantasia, Dafi menjelaskan bahawa albumnya yang kedua ini adalah hasil titik peluhnya sendiri sejak tahun 2008 dengan mengumpul duit simpanan dan juga hasil daripada kerjayanya sebagai penyanyi selama ini.

Bertemunya di majlis pelancaran U-Mobile bersempena dengan perlantikannya sebagai duta baru kepada syarikat telekomunikasi itu membuatkan dia begitu bersyukur dan terharu. Pihak Syarikat talian komunikasi itu juga bekerjasama dengannya bagi melancarkan seterusnya mempromosikan albumnya yang yang terbaru berjudul #D4F1.

“Alhamdulillah saya bersyukur apabila mengikut kontrak selama setahun. U-Mobile tidak pernah ambil Duta dan saya merupakan yang pertama. Saya sudah mencuba menggunakannya selama 2 bulan dan taliannya yang terbaik. Sebab kenapa saya lambat mengeluarkan album kerana saya mengumpul duit. Bekerja ekstra daripada biasa”

“Bukan apa kadang-kadang akan ada orang kata saya guna duit bapa saya. Kalau macam itu setiap tahun saya boleh keluarkan album kalau saya guna duit dia. Tetapi itu semua tidak benar. Saya mulakan proses membuat album tahun lepas dan album yang terakhir tahun 2008. Saya mengeluarkan duit simpanan sendiri sejak tahun 2009,“ tegasnya.

Tambahnya lagi, dia cukup bertuah kerana pihak U-Mobile turut sama mempromosikan albumnya dan situasi ini lebih sesuai diibaratkan sebagai win-win situation.

“Selepas ini akan ada road-tour dan showcase yang akan dikendalikan oleh pihak U-Mobile dan di samping itu juga mereka akan turut sama mempromosikan album terbaru saya ini,“ jelasnya.

Sementara itu, kehidupan peribadinya Dafi menjelaskan bahawa dia masih tidak bersedia dengan sebarang komitmen dan buat seketika ini dia lebih selesa untuk memfokuskan kerjayanya terlebih dahulu sebelum ke alam berumah tangga.

“Saya rasa saya rancang 30 ke atas dan buat masa sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan saya tak suka terikat saya suka bebas. Buat sementara ini, saya tak mahu ada komitmen dan saya tak mahu ada orang cemburu, itu dan ini tak boleh dan rasanya belum masanya lagi kerana saya belum sampai ke peringkat itu lagi,“katanya.

Buat pengetahuan semua Dafi akan ke Indonesia bagi membincangkan kerjaya nyanyiannya yang akan bertapak di sana pada penghujung bulan ini. Album #D4F1 juga bakal berada di pasaran dua minggu lagi, juga boleh didapati menerusi iTunes. (rtky/hfz)