fbpx

Dafi Kembali Aktif Di Malaysia & Kerjaya Di Indonesia Bukan Minat Sebenar

Kami mungkin orang terakhir yang tahu akan perkara ini tetapi masih kami mahu kongsikan dengan anda semua. Dafi AF telah kembali aktif di Malaysia. Yeay?

Sejak awal tahun 2012, Dafi memang mula menjadi sebutan apabila mengambil keputusan untuk melebarkan sayar kerjaya beliau di tanah tumpah darah sinetron, Indonesia.

Memiliki wajah yang memang boleh di’jual di pasaran hiburan Indonesia, Dafi telah di’terima untuk menjadi pengacara sebuah program televisyen bertajuk Selebrita Siang.

Dalam kenyataan terbaru melalui HAI, pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri ini mengatakan yang beliau kini telah nekad untuk kembali untuk aktif dalam dunia hiburan Malaysia.

Dafi turut mengatakan yang kerjaya pengacaraan di Indonesia bukan minat sebenar beliau & kerana itu ingin menumpukan kembali perhatian dalam bidang lakonan juga nyanyian.

Selain ingin lebih aktif berlakon & menyanyi di Malaysia, Dafi turut ingin mengembangkan perniagaan pengurusan artis yang beliau jalankan sebelum ini. Selamat kembali Dafi! Heh.