fbpx

“Cukuplah Kongsi Kisah Peribadi Saya”

Diharap Neelofa akan terus tabah dengan pelbagai kontroversi melandanya kebelakangan ini. Sudahlah gosip cinta bersama Fattah Amin masih bertebaran kini Neelofa diasak pulak dengan kontroversi bercinta dengan kerabat diraja. Malah menurut sumber, mereka juga dikatakan telah pergi bercuti bersama baru-baru ini. Pun begitu Neelofa enggan memberikan komen.

BACA: “Apa Pun Jadi, Kami Tetap Kawan” – Neelofa

“Kalau boleh saya sudah tidak mahu ulas apa-apa lagi soalan yang berkaitan dengan kisah peribadi saya. Cukuplah rasanya kerana sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang saya telah berikan kepada umum. Saya tidak mahu kongsi apa-apa lagi”

Sementara itu berbalik kepada kisah Fattah, ada mendakwa Neelofa menolak tawaran berlakon bersama dengan jejaka itu kerana kisah mereka terdahulu. Bagaimanapun, dalam laporan lain pula, bukan Neelofa yang menolak tawaran untuk bergandingan sebaliknya Fattah sendiri.

“Saya dan Fattah masih berkawan. Kadang-kadang saya ada menghubunginya dan bertanya khabar. Jadi, tidak timbul isu saya enggan digandingkan dengannya. Saya memang memang mahukan watak yang ditawarkan itu, tetapi atas beberapa sebab yang perlu diambil kira dan tidak dapat dielakkan, saya terpaksa melupakannya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Apapun hanya Neelofa yang mengetahui segala apa yang berlaku disebalik kehidupan beliau. Hendak dimarah pun tidak boleh kerana memang lumrah selebriti jika ramai yang menyibuk ingin tahu hal peribadi mereka. Namun mungkin ada sebabnya Neelofa enggan terlalu bercerita, doakan yang terbaik sahaja buat pelakon kesayangan kita ini. (rtky/w)