fbpx

Cuci Tandas, Yana Samsudin Tiada Niat Tunjuk Bagus

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila Yana Samsudin dan juga suami, Fadzil Zahari membersihkan tandas awam namun dalam masa yang sama, ada juga mulut-mulut yang mengatakan bahawa tindakan pasangan ini seperti mahu menunjuk-nunjuk.

BACA: Pergi Cuci Tandas Awam, Yana Samsudin & Suami Dipuji Masyarakat

“Saya bukan nak tunjuk bagus atau tarik perhatian, tapi ia tanggungjawab bersama. Semasa berbaris, saya terdengar seorang mak cik yang baru keluar memberitahu masalah berkenaan. Jadi, saya minta suami membeli tiga botol air mineral dan sabun”

“Tiba giliran saya, tidak sangka pula salah satu bilik air itu terdapat najis di atas lantai. Selepas selesai membuang air kecil, saya mencari pekerja di situ bagi memberitahu perkara terbabit”

“Malangnya tidak ada sesiapa. Pada masa sama, saya dan suami ternampak hos panjang lantas menarik dan memasangnya di paip berhampiran. Tujuannya untuk membersihkan tempat ada najis itu,” cerita Yana kepada Harian Metro.

Apa pun, rata-rata peminat Yana memuji tindakan mereka membersihkan tandas tersebut adalah sesuatu yang sangat murni. Harapnya nanti bila ada kejadian yang sama terjadi, harapnya sudilah juga anda untuk melakukan perkara yang sama seperti pasangan ini. (rtky/s)