fbpx

Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang?

Baru sahaja rasanya gambar mesra Cristina Suzanne bersama lelaki yang didakwa tunang beliau tersebar di internet, ada pula satu cerita timbul mengatakan pemenang Pelakon Filem Wanita Terbaik (ASK 2013) ini sudah kembali solo — putus tunang senang cerita.

Wartawan Melodi, Zuan Azmi mengajukan soalan berkenaan khabar angin itu kepada Cristina Suzanne di Anugerah Skrin 2013 yang lalu dan pelakon ini tidak menafikan perkara itu tetapi tidak pula mengiyakan sebaliknya mahu terus bercakap tentang kemenangannya.

“Itu Cris tak boleh cakap apa apa — kita menang (anugerah) ni, kita cerita tentang kerja — kalau ada jodoh kahwin — itu tak boleh cakap, rahsia,” ujar Cristian Suzanne yang seakan berdolak dalik apabila diajukan soalan berkali kali.

Tonton video penuh di’atas yang kami kerat dari episod penuh Melodi di Tonton.com.my untuk melihat reaksi Cristina Suzanne apabila digasak dengan soal putus tunang ini. (rtky/m)