fbpx

Cita Citata Tidak Kesal Jadi Janda Muda

Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Disini’ Cita Citata memberitahu bahawa dia tidak menyesal berkahwin di usia muda walaupun perkahwinan itu hanya bertahan selama 1 bulan sahaja. Bagi penyanyi yang mempunyai 6 adik-beradik ini pengalaman lepas banyak mengajarnya menjadi lebih dewasa dalam mengharungi hidup yang kian mencabar.

“Tidak pernah menyesal kahwin di usia muda yang ketika itu baru sahaja berumur 18 tahun. Cerai menurut agama sudah 3 tahun yang lalu. Kerana ketika itu mantan suami Cita menghilang jadi Cita bingung dan setelah itu sudah selesai bercerai secara sah”

“Perjalanan hidup Cita ketika remaja boleh dikatakan kandas kerana untuk menyara kehidupan bukan senang.
Pada awalnya Cita tak menyangka untuk menjadi seorang selebriti kerana menyanyi adalah hobi dan seterusnya telah menjadi pekerjaan”

“Jadi mulanya Cita takut untuk jadi selebriti tetapi setelah mencuba akhirnya rasa suka ternyata hobi dan pekerjaan menjadi salah satu semangat dalam hidup. Proses untuk menjadi seperti sekarang ini tidak senang kerana Cita terpaksa melalui dari awal, bawah untuk menjadi penyanyi sehingga pernah ditipu”

“Dan setelah beberapa kali gagal Cita mencubanya lagi dan akhirnya berjaya,” katanya yang ditemui semasa majlis pelancaran single ‘Sakitnya Tuh Disini’ di Royale Chulan kelmarin.

Sebagai seorang artis yang pernah terpalit dengan kontroversi, penyanyi ini tidak pernah melatah malah baginya kontroversi mematangkan diri untuk terus berkarya buat peminat. Perkahwinan yang hanya bertahan selama sebulan tidak pernah dikesalkan kerana sudah tertulis.

“Sebagai artis sudah seharusnya banyak menerima permasalahan, jadi Cita sendiri menerimanya dengan rasa gembira kerana setiap hari kerja menyanyi, yang penting kena jaga peminat, imej kita sebagai seorang artis dan terus berkarya. Kalau ada pun kontroversi mungkin akan terhapus dengan karya-karya Cita”

“Perkahwinan di usia 18 tahun dan hanya mampu bertahan selama sebulan adalah disebabkan Cita masih muda dan mungkin belum sedia ketika itu. Pengalaman yang lepas mengajar Cita untuk ke depan dengan lebih dewasa,” tambahnya lagi. (rtky/hfz)