fbpx

Cinta Siti Saleha Dengan Jejaka Portugal Berakhir

Mengakui sudah mencuba sedaya upaya menyelematkan cinta bersama jejaka yang berasal daripada Portugal, pelakon Siti Saleha melalui Harian Metro menjelaskan bahawa kini hubungan mereka sudah berakhir Oktober tahun lalu.

BACA: Siti Saleha Tidak Mahu Terpalit Gosip Murahan

“Saya sudah berusaha menyelamatkan hubungan kami tapi nampaknya perpisahan adalah jalan yang terbaik. Nampaknya, kami memang tiada jodoh. Saya terpaksa mengakhiri hubungan yang berlangsung selama setahun itu kerana tiada persefahaman lagi”

“Tidak perlulah saya komen lebih-lebih kenapa kami putus kenapa kami putus kerana biarlah ia menjadi cerita peribadi saja. Buat masa ini, kami juga putuskan untuk membawa haluan dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa,” katanya.

Untuk tahun 2016 ini, Siti Saleha menjelaskan dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada projek filem selain mahu mengukuhkan namanya dalam industri seni tanah air. (rtky/s)