fbpx

Cinta Laura Perkenalkan Teman Lelaki, Armand Gunawan Dapat Restu Ibu

Sebelum masuk kerja esok, mari kita tinjau dunia hiburan Indonesia terlebih dahulu.

Awal bulan lalu, Indonesia mendapat berita yang bintang mereka Cinta Laura sudah mempunyai kekasih.

Jejaka bertuah berusia 23 tahun itu bernama Armand Gunawan dan melalui sebuah acara baru-baru ini, Cinta Laura & ibu’nya memperkenalkan jejaka ini kepada pihak media.

Ibu kepada Cinta Laura, Herdiana Keihl berkata beliau percaya Armand Gunawan adalah jejaka paling sesuai untuk anak gadis beliau.

Atas kerana itu, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada Armand Gunawan untuk menjaga Cinta Laura ketika mereka sama-sama melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Jika anda tonton video di’bawah yang di’bawakan oleh KapanLagi.com, ibu Cinta Laura memang benar benar merestui hubungan mereka & Armand pun sudah berjanji untuk memeluk Islam demi Cinta Laura.