Aktres jelita, Raja Ilya khabarnya telah dilamar oleh kekasihnya yang berasal dari Australia. Bagaimanapun, Raja Ilya yang ditemui di majlis tayangan filem Soulmate Hingga Jannah berkata cincin yang diberikan itu adalah sebagai tanda kenalan dan bukan cincin pertunangan atau seumpamanya.
BACA: Demi Watak, Raja Ilya Tidak Kisah Tayang Perut
“Cincin orang bagi untuk pakai sebagai tanda kenalan. Orang memberi kita menerima. Lagipun dia saja bagi dan saya belum bertunang,” katanya.
Tambahnya lagi, dia masih belum bersedia ke arah perkahwinan lebih-lebih lagi hubungan jarak jauh.
“Saya masih belum bersedia lagi. Secara jujurnya saya risau dengan hubungan jarak jauh kerana dia sememangnya di Australia, walaupun dia sanggup menunggu saya,” ujarnya kepada Rotikaya. (rtky/h)