fbpx

Chef Riz & Shikin Maembong Sudah Bercerai?

Tahun lalu, tukang masak selebriti Chef Riz tidak menafikan terdapat sedikit konflik rumah tangga antara dia dengan isteri, iaitu Shikin Maembong namun ia berjaya diselesaikan. Bagaimanapun melalui muatnaik beberapa gambar terbaru di Instagram isterinya memberikan bayangan berbeza.

BACA: Chef Riz: Biasalah Orang Perempuan Merajuk

2- Chef Riz & Shikin Maembong Sudah Bercerai - ROTIKAYA

Melalui gambar tersebut, Shikin menyatakan tekanan yang dialaminya sudah pun semakin berkurang. Malah para pengikutnya di laman sosial tersebut turut memberikan sokongan moral agar tabah dan kuat menghadapi dugaan.

Jika diimbas kembali kenyataan Chef Riz pada penghujung tahun lalu, hubungan mereka menghadapi konflik kerana dirinya terlalu sibuk dengan kerjaya.

“Biasalah orang perempuan merajuk. Tambahan pula Shikin seorang yang berjiwa lembut, jadi dia mudah terasa. Saya malas nak layan apa yang orang luar fikir tentang kami. Tiada faedah pun. Biasalah suami-isteri, mesti sedikit sebanyak akan ada konflik-konflik kecil,” jelasnya kepada mStar Online pada penghujung tahun lalu.

3- Chef Riz & Shikin Maembong Sudah Bercerai - ROTIKAYA

Apa pun, semoga apa yang terjadi di antara mereka dapat diselesaikan secara baik. Tindakan Shikin berkongsi gambar yang memberikan pembayang bahawa mereka sudah berpisah pastinya membuatkan ramai yang tertanya-tanya status sebenar pasangan ini. (rtky/s)