fbpx

Che Ta Menyewa Kondo Khas Untuk Simpan Baju

Rozita Che Wan atau Che Ta memberitahu dia terpaksa menyewa sebuah kondomium untuk menempatkan koleksi pakaiannya yang terlalu banyak. Malah, anaknya, Aaisyah Dhia Rana juga turut mempunyai koleksi baju yang banyak dan sehingga kini sudah pun mencecah empat buah almari.

BACA: Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya

“Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama”

“Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil. Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer,” katanya kepada Tonton Extra.

Selain itu, Che Ta juga memberitahu bahawa Aaisyah yang kini berusia lapan bulan juga mempunyai koleksi pakaian yang cukup banyak.

“Baju Aaisyah sahaja sudah memerlukan empat pintu almari untuk menyimpannya. Apa tidaknya, selain saya dan Zain yang belikan baju-baju Aaisyah, dia juga dapat banyak tajaan daripada pelbagai jenama pakaian. Tidak cukup dengan itu, peminat-peminat juga ramai yang hantarkan hadiah. Sebab terlalu banyak, ada baju yang tidak sempat diulang pakai. Pakai sekali sahaja,” jelas Che Ta. (rtky/s)