fbpx

Che Ta Luang Masa Bersama Keluarga Di London

Kini Che Ta dan keluarga sedang meluangkan masa bersama keluarganya di kota London. Selain dua orang adik beradiknya, anak sulung pelakon ini, Ammar Effendy serta pereka busana, Man Kajang turut bercuti bersama.

BACA: Che Ta Tegur Wanita Abaikan Kecantikan Diri

Baru-baru ini, Che Ta baru sahaja selesai menemani ibunya bercuti di Switzerland dan percutian kali ini kelihatan sungguh meriah dengan kehadiran adik beradik dan rakan terdekat.

Sebelum ini, Che Ta sendiri pernah menyatakan bahawa waktu sekarang adalah masa yang sesuai untuk dirinnya meluangkan masa bersama keluarga selepas berhempas pulas di dalam industri hiburan selama ini.

Kami kongsikan gambar percutian mereka di sana dan tidak lupa juga si comel Aaisyah yang sentiasa menghiasi Instagram pelakon ini. Enjoice!