fbpx

Che Ta Komen Isu Baju Raya Indah Khabar Dari Rupa

Sebelum ini ada pihak mendakwa bahawa koleksi baju keluaran Rozita Che Wan yang dipasarkan hanyalah indah khabar dari rupa apabila kualiti baju tersebut dikatakan tidak seperti yang diiklankan. Dengan itu Che Ta tampil memberikan penjelasan berkenaan isu terbabit dengan meminta orang ramai peka dengan size baju yang dipakai.

BACA: Indah Khabar Dari Rupa, Baju Raya Che Ta Dikritik

“Baju itu sama sahaja cuma yang berbezanya adalah saiz baju tersebut. Mereka kena faham bahawa setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza. Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka”

“Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tidak kena. Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu. Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk,” katanya kepada portal Astro Gempak berhubung perkara itu.

Berikutan kontroversi ini, Che Ta sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa koleksi baju raya beliau yang turut berkolaborasi dengan sebuah pasaraya terkemuka itu tidak berkualiti seperti yang diiklankan. Katanya lagi, semua rekaan koleksi itu adalah dari ideanya sendiri dan mengharapkan pembeli merasa cantik apabila memakainya.

Terdahulu, kecoh apabila ramai pihak mempersoalkan kualiti kain yang digunakan didalam koleksi baju raya oleh Che Ta yang dianggap seperti indah khabar dari rupa dan turut mempersoalkan harga yang dijual seperti tidak berbaloi dengan kualiti kain sehingga mengundang perbalahan diantara peminat beliau di laman sosial. (rkty/w)