fbpx

Che Ta: Jangan Harap Sangat Duit Lelaki

Kehadiran Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta di dalam industri adalah salah satu contoh bagaimana seorang selebriti mampu meneruskan kehidupan dengan perancangan yang betul. Malah kini Che Ta seringkali menjadi motivasi kepada peminatnya di laman sosial.

BACA: Che Ta Anjur Majlis Mewah Rai Birthday Ke-19 Anak

“Memang ada orang cakap saya ambil semua gambar bercuti untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tetapi sebenarnya tidak. Saya mahu gambar itu menjadi motivasi kepada wanita di luar sana untuk berusaha sehingga berjaya dan boleh menjadi seperti saya dapat bercuti ke mana sahaja”

“Sebagai wanita, jangan mengharap sangat duit lelaki, perlu berdiri atas kaki sendiri,” katanya kepada Sinar Harian sambil menyatakan bahawa dia tidak memberi perhatian kepada perkara negatif di dalam kehidupannya.

Selain itu, Che Ta juga turut mendedahkan bahawa dia turut mengupah seorang jurugambar untuk mengambil gambarnya sekeluarga jika bercuti. Patutlah cantik-cantik belaka gambar Che Ta sekarang. (rtky/s)