fbpx

“Che Ta Hanya Berikan Saya Duit”

Baru saja menyambut ulangtahun kelahiran minggu lalu dengan meriahnya di sebuah restoran di ibu kota, Zain Saidin memberitahu isterinya, Rozita Che Wan ada memberikan hadiah istimewa kepadanya. Cuma kali ini hadiah itu sedikit berbeza kerana ianya berbentuk wang ringgit.

BACA: Sekitar Sambutan Birthday Zain Saidin Yang Ke 33

“Che Ta hanya memberikan saya duit supaya saya dapat beli apa saja hadiah diinginkan. Begitupun, saya belum memutuskan apa yang harus dibeli. Apabila sudah dewasa, hadiah material bukan lagi keutamaan. Lebih baik duit itu saya simpan untuk kegunaan masa hadapan. Saya dapat juga gunakan untuk membayar pelbagai bil, termasuk cukai”

“Pada zaman sekarang, lebih baiklah duit yang kita ada dijadikan wang tabungan. Saya, umpamanya, kena fikir masa hadapan diri dan keluarga. Saya harus menjadi lelaki lebih matang dan mengutamakan keluarga. Kini, saya sendiri lebih tenang ketika melakukan sesuatu perkara, begitu juga dalam membuat keputusan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Kalau dilihat kembali memang sudah lama tidak melihat Zain lincah berlakon di kaca televisyen. Menurutnya, pada ketika ini tumpuannya lebih kepada hal keluarga. Malah sejak mendirikan rumah tangga, Zain akui sikapnya lebih matang dalam mengendalikan masalah keluarga berbanding dahulu. Apapun semoga Zain sekeluarga dilimpahi rezeki dan rahmat. (rtky/w)