fbpx

Rozita Che Wan Akui Mampu Hidup Mewah Jadi Pelakon

Tidak mahu mencipta alasan untuk berjaya, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui bahawa kehidupan sebagai seorang selebriti sebenarnya mampu menjamin sebuah kehidupan seperti apa yang diidamkan oleh kebanyakan orang.

BACA: Zain Saidin Cuba Pujuk Che Ta Untuk Hamil Lagi

“Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,” kata Che Ta menerusi program hlive! Apa Kata Malaysia?

Tambah pelakon ini juga, pendapatan yang diperolehinya dalam jangka masa sebelum mampu mencecah RM60,000 hanya melalui lakonan sahaja dan tidak termasuk bayaran pengiklanan dan sebagainya.

Selain bijak dalam berbelanja, Che Ta juga menjelaskan bahawa dia sendiri dalam masa yang sama sudah merancang dengan membuat persediaan menceburi bidang perniagaan demi masa depannya. Namun tindakannya berkongsi gambar kemewahan di Instagram bukanlah atas dasar menunjuk-nunjuk.

“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki,” jelasnya. (rtky/s)