fbpx

Charlize Theron: Saya Kembali Single Untuk Pertama Kali Selepas 17 Tahun

Untung jadi orang yang cantik, cinta datang dan pergi sepantas menukar baju di’belakang pentas peragaan fesyen.

Pelakon yang juga pemegang anugerah Oscar, Charlize Theron antara mereka yang tidak putus di’kunjungi cinta baru setiap kali sejak berumur 19 tahun.

Namun dalam temubual bersama majalah Vogue baru baru ini, Charlize Theron berkata beliau kini sedang menikmati hidup sebagai seorang yang tidak berada dalam hubungan cinta buat pertama kali.

Charlize Theron turut memberitahu yang hubungan cinta beliau tidak pernah terhenti sejak berumur 19 tahun — dan jika satu hubungan terputus, ada cinta lain yang datang dalam masa sebulan selepas itu.

Percintaan paling panjang dalam sejarah hidup pelakon berusia 36 tahun ini ialah ketika bersama Stuart Townsend — yang berlangsung selama hampir 10 tahun sebelum berpisah sekitar 2010.

Perkembangan terbaru Charlize Theron, aktress ini sedang bersiap untuk menjalani penggambara sebuah filem romantik komedi berjudul Young Adult yang di’tulis oleh Diablo Cody & arahan Jason Reitman.