fbpx

Ini rasanya kenyataan pertama dari Fasha Sandha tentang kehamilan kali kedua beliau sejak ianya menjadi bualan para peminat beberapa minggu lalu & dalam sesi fotografi bersama majalah EH! — selebriti nampak sangat berseri dan cantik.

Menjawab kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan kehamilan kedua Fasha Sandha terlalu rapat dengan anak pertama, beliau menganggap semua ini merupakan ketentuan Tuhan.

BACA: Fasha Sandha Dan Keluarga Bercuti Ke Paris, Perancis

“Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki,” jawab Fasha Sandha apabila diajukan soalan berkaitan.

Usia anak pertama Fasha dan suaminya yang mesra dipanggil Jejai baru sahaja mencecah setahun pada hari penggambaran ini (Selasa lalu). Menurut Fasha anaknya itu tidak berapa sihat sejak pulang dari bercuti di luar negara baru-baru ini.

Pabila ditanya tentang jantina anak keduanya ini tentu sekali beliau mahukan anak perempuan — namun beliau menerima sahaja pemberian Tuhan dengan penuh rasa syukur. (rtky/m)