TERBARU

Lady Gaga Kemungkinan Batal Konsert Di Indonesia, Peminat Masih Optimis

Walaupun masih ada banyak hari lagi sebelum konsert Lady Gaga di Indonesia pada 3 Jun 2012 ini, namun kepastian sama ada konsert ini bakal di’teruskan masih menjadi tanda tanya.

Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno ini menyaksikan yang tiket sudah terjual hampir 52,000 & pihak pengajur sehingga ke hari ini belum berjaya untuk mendapatkan permit sah dari pihak berkuasa.

Ini adalah ekoran bantahan rasmi daripada FPI (Front Pembela Islam) yang menekan pihak berkuasa untuk membatalkan penganjuran konsert ini kerana mendakwa yang Lady Gaga merupakan contoh moral yang tidak baik.

FPI (Front Pembela Islam) juga telah melakukan perhimpunan membantah konsert ini namun para peminat tetap optimis yang konsert ini bakal terus di’anjurkan. Teruskan Membaca →

Hiburan Konsert Muzik News Selebriti

Debaran Menjelang Finalé MANIA

Yuna - Konsert MANIADebaran MANIA semakin hampir ke kemuncaknya. Semalam konsert separuh akhir MANIA telah berlangsung dengan penuh gah. Persaingan sengit ditonjolkan oleh para peserta bagi merebut tempat ke final MANIA pada minggu hadapan.

Teka-teki siapakah peserta yang bakal membuat persembahan di pentas akhir MANIA pastinya sudah diketahui umum. Antara nama yang layak ke final MANIA adalah Hazama,Stacy,Jaclyn Victor,Hafiz dan juga Aril. Bagi yang tidak layak, perjuangan anda masih belum selesai.

Menariknya konsert separuh akhir kali ini adalah, Hazama mengungguli carta undian buat kali pertama sepanjang program ini berlangsung ketika talian undian telah ditutup. Diikuti oleh Stacy dengan peratusan undian yang sama iaitu sebanyak 15%,Hafiz 13%,Jaclyn Victor 13% dan Aril 12%.

Tidak lengkap kiranya MANIA tanpa persembahan artis jemputan. Untuk minggu ini persembahan pembukaan dipersembahkan oleh Randy Pangalila, pelakon sinetron terkenal dari Indonesia.

Manakala persembahan penutup pula dipersembahkan oleh Yuna yang sedang menempa nama di peringkat antarabangsa. Selain itu, antara artis yang memeriahkan persembahan beberapa bintang MANIA adalah Neelofa, Mia Sara Nasuha dan Man Kidal.

Teruskan menyokong bintang kesayangan anda. Jangan lupa menghantar undian anda.Konsert akhir MANIA bakal berlangsung pada 19 Mei 2012, Sabtu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Kami di Rotikaya HQ mengucapkan tahniah kepada bintang yang layak ke peringkat akhir MANIA. Teruskan Membaca →

Gambar Hiburan Konsert Muzik News

Train Live In Malaysia 16 Jun 2012 Di KL Live

Sebuah lagi acara hiburan hebat untuk mengisi masa terluang anda sekitar Jun 2012 ini. Kumpulan pop rock berasal dari San Francisco, Train bakal membuat kemunculan pertama di bumi Malaysia pada 16 Jun nanti.

Train yang di’anggotai oleh Patrick Monahan, Jimmy Stafford dan Scott Underwood mula popular sekitar tahun 2001 apabila mereka melancarkan single Drop Of Jupiter yang menguasai carta muzik seluruh dunia & kekal setahun lama’nya.

Drop Of Jupiter juga menyaksikan Train menjadi kumpulan yang boleh berbangga dengan anugerah Grammy apabila membawa pulang dua gelaran pada tahun 2002.

Selepas hiatus untuk beberapa tahun, kembalinya pada tahun 2009 dengan single Hey, Soul Sisters mengukuhkan lagi kedudukan Train dengan kemenangan Grammy ketiga untuk Best Pop Performance By Group sekitar tahun 2011.

Dan, pada 16 Jun 2012 ini Train akan membuat kemunculan sulung mereka menghiburkan peminat yang menanti mereka sekian lama & konsert mereka akan mengambil tempat di KL Live, Life Centre Kuala Lumpur di’bawakan bersama oleh JS Concert Productions & Fatboys. Teruskan Membaca →

Hiburan Konsert Muzik News Video

Sammy Simorangkir Mulakan Karier Solo Dengan Album Terbaru, Aku Kembali

Kami di’sini memang meminati lunak suara Sammy Simorangkir yang sebelum ini merupakan vokalis kumpulan Kerispatih dan tidak salah jika kami katakan yang penyanyi ini merupakan identiti sebenar alunan muzik Kerispatih.

Namun hari ini Sammy Simorangkir tidak mahu menoleh lagi ke peristiwa yang membuatkan beliau kini berpecah dengan kumpulan asal beliau dan tampil dengan album solo pertama berjudul Aku Kembali untuk pasaran Malaysia.

Kepada yang ingin tahu, Sammy Simorangkir telah di’singkirkan dari kumpulan Kerispatih selepas beliau didapati bersalah menggunakan & memiliki dadah jenis syabu sekitar Februari 2010 yang lalu & menjalani hukuman penjara selama 6 bulan.

Aku Kembali merupakan sebuah album yang menggambarkan liku kehidupannya sebagai bekas vokalis kumpulan Kerispatih yang penuh degan cabaran sehinggakan lupa akan kreativiti muzik beliau yang penuh inspirasi sebelum ini.

Sammy Simorangkir mengatakan bahawa album barunya ini merupakan semangat barunya untuk terus berjuang dengan kreativiti kreativiti baru. Sammy Simorangkir berterima kasih kepada penggemar musiknya sammy lovers yang banyak mendorong dan pemberi semangat untuk terus berkarya sehinggakan beliau berani menjadi penyanyi solo. Teruskan Membaca →

Hiburan Konsert Muzik News

Astrid Kecewa Dengan Persembahan Pembukaan Di Konsert Mingguan MANIA

Salam hari Ahad kepada anda yang masih ingin mengetahui tentang dunia hiburan di tanah air kita dan memilih ROTIKAYA sebagai pilihan utama untuk mengetahui perkembangan semasa dunia hiburan Malaysia.

Malam tadi seperti biasa anda pasti berada di depan Astro Ria saluran 104 untuk menyaksikan MANIA dan pasti terkejut dengan penyingkiran Alyah yang tidak disangka sangka.

Acara pembukaan MANIA telah dinyanyikan oleh bintang dari Indonesia Astrid yang popular dengan lagu Tentang Rasa.

Agak terkejut sebenarnya untuk melihat wanita comel itu menyanyi secara live di negara kita & terima kasih Astro kerana menjemput Astrid untuk menghiburkan kami rakyat Malaysia.

Sempat kami menemubual penyanyi dari seberang itu dan Astrid mengatakan beliau sebenarnya amat kecewa dengan persembahan pertama beliau bersama Astro secara live.

Astrid mengatakan bahawa beliau sedikit gementar membuat persembahan semalam dan merasakan ia adalah persembahan terburuk beliau dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat beri persembahan yang terbaik. Bagi kami persembahan & suara Astrid nampak comel dan merdu.  Teruskan Membaca →

Filem & TV Hiburan Konsert Muzik News Selebriti