Pelakon, pelawak & juga bekas suami Katy Perry, Russell Brand telah di’sahkan bakal menjadi pengacara pada malam majlis anugerah MTV Movie Awards yang bakal berlangsung pada 3 Jun 2012 ini. – MTV Canada
Mungkin anda kenal Vidal Sassoon sebagai sekadar jenama namun si pemilik nama tersebut yang juga pengasas pelbagai cara penjagaan rambut wanita telah meninggal dunia pada usia 84 tahun awal hari semalam. RIP. – New York Times
Perkhabaran terbaru, Britney Spears di’khabarkan telah sah menyertai barisan juri untuk rancangan realiti The X Factor di’samping Simon Cowell & L.A Reid. Penyanyi ini di’khabarkan bakal menerima US$16 juta. – US Weekly
Selepas pemergian Adam ‘MCA’ Yauch baru baru ini, jualan album yang pernah di’keluarkan oleh Beastie Boys meningkat secara mendadak 1,235% dalam masa seminggu. – Huff. Post
Ini merupakan foto pertama anak perempuan Bruce Willis & Emma Heming-Willis (gambar) yang berusia 6 minggu dan di’beri nama Mabel Ray. Ada yang mula bergurau mengatakan Mabel Ray memiliki lebih banyak rambut dari bapanya sendiri. – Too Fab Teruskan Membaca →

Kami tidak terima apa apa permintaan bantuan kewangan & mungkin juga kami tiada dalam mailing list Joe Saiful yang merupakan pegawai perhubungan awam (PR) untuk Mizz Nina.
Untuk berlaku jujur, kami sebenarnya mengharapkan yang pasangan ini berdasarkan status mereka akan berada di Eropah untuk percutian bulan madu mereka. Namun semangat cinta negara mereka tinggi dengan memilih Pulau Redang.
Agak lama kami tidak keluar dengan gossip tidak memetik nama selebriti. Rindu untuk buat segelintir mereka yang terlibat dalam gossip untuk tidak senang duduk. Termasuk mereka yang kami maksudkan dalam gossip ini. Heh.