TERBARU

50 Orang Lagi Selebriti Akan Tampil Buat Tuntutan Terhadap David Teo

Nampaknya permohonan maaf secara terbuka David Teo baru baru ini tidak mampu meredakan keadaan. Saiful Apek masih bertahan memperjuangkan hak beliau dan khabarnya lagi 50 orang selebriti tempatan yang lain.

Dalam laporan Harian Metro hari ini, Saiful Apek telah menuntut David Teo untuk memulangkan wang pelaburan sebanyak RM200,000 yang di’salurkan beliau untuk dua buah filem iaitu Lady Boss & Anak Mami Kembali sekitar tahun 2005.

Menurut Saiful Apek, beliau di’tawarkan berlakon dalam kedua dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum wang tersebut di’laburkan semula ke dalam kos pembikinan.

Tambah Saiful Apek lagi, pada hari Ahad ini beliau akan mengadakan sidang media khas untuk kemukakan segala bukti dan dokumen yang beliau tandatangani untuk mengesahkan tuntutan beliau berjumlah RM200,000. Teruskan Membaca →

Filem & TV Gambar News Selebriti

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.113)

Pelakon, pelawak & juga bekas suami Katy Perry, Russell Brand telah di’sahkan bakal menjadi pengacara pada malam majlis anugerah MTV Movie Awards yang bakal berlangsung pada 3 Jun 2012 ini. – MTV Canada

Mungkin anda kenal Vidal Sassoon sebagai sekadar jenama namun si pemilik nama tersebut yang juga pengasas pelbagai cara penjagaan rambut wanita telah meninggal dunia pada usia 84 tahun awal hari semalam. RIP. – New York Times

Perkhabaran terbaru, Britney Spears di’khabarkan telah sah menyertai barisan juri untuk rancangan realiti The X Factor di’samping Simon Cowell & L.A Reid. Penyanyi ini di’khabarkan bakal menerima US$16 juta. – US Weekly

Selepas pemergian Adam ‘MCA’ Yauch baru baru ini, jualan album yang pernah di’keluarkan oleh Beastie Boys meningkat secara mendadak 1,235% dalam masa seminggu. – Huff. Post

Ini merupakan foto pertama anak perempuan Bruce Willis & Emma Heming-Willis (gambar) yang berusia 6 minggu dan di’beri nama Mabel Ray. Ada yang mula bergurau mengatakan Mabel Ray memiliki lebih banyak rambut dari bapanya sendiri. – Too Fab Teruskan Membaca →

Filem & TV Gambar Hiburan News Selebriti

Siapa Pelakon Malaysia Layak Untuk The Avengers? Ini Pilihan Staff Rotikaya

The Avengers Cast

Siapa belum menonton filem The Avengers yang sedang hangat di’pawagam? Sehingga ke hari ini, kami rasa demam filem superhero berskala epik masih melanda peminat filem di’Malaysia dan kami sendiri telah menonton berkali kali tanpa jemu.

Tamat sahaja mesyuarat bulanan kami lewat petang tadi, timbul topik perbualan tentang siapakah pelakon Malaysia yang layak membawakan watak watak utama dalam filem The Avengers & senarai pendek ini merupakan pilihan sepakat kami di Rotikaya HQ.

Kami pilih enam watak superhero utama dalam The Avengers iaitu Ironman, Captain America, Hulk, Thor, Hawkeye & Black Widow untuk di’pasangkan dengan enam pelakon dan selebriti tempatan yang kami rasakan paling hampir & sesuai untuk bawakan watak tersebut. Teruskan Membaca →

Filem & TV Gambar Hiburan Selebriti

PR Mizz Nina Nafikan Hantar E-mail Minta Bantuan Kewangan Dari Media

Kami tidak terima apa apa permintaan bantuan kewangan & mungkin juga kami tiada dalam mailing list Joe Saiful yang merupakan pegawai perhubungan awam (PR) untuk Mizz Nina.

Menurut laporan Daily Chilli hari ini, satu e-mail telah di’hantar kepada rakan rakan & pihak media bertarikh 10 Mei 2012 meminta bantuan kewangan kerana menurut e-mail tersebut ‘Joe Saiful’ telah di’rompak di Sepanyol.

Joe Saiful hari ini lantas menafikan beliau ada menghantar e-mail tersebut & mendakwa akaun Gmail beliau telah di’ceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab baru baru ini.

Penceroboh tersebut telah meminta bantuan kewangan sebanyak €2,400 (RM9,530) daripada rakan dan media dan Joe Saiful meminta semua pihak supaya tidak mempercayai apa yang di’tulis dalam e-mail tersebut. Teruskan Membaca →

Gambar Gossip Hiburan News Selebriti

Gambar: Fasha Sandha Dan Rizal Ashram Berbulan Madu Di Pulau Redang

Fasha Sandha & Jejai Di Pulau RedangUntuk berlaku jujur, kami sebenarnya mengharapkan yang pasangan ini berdasarkan status mereka akan berada di Eropah untuk percutian bulan madu mereka. Namun semangat cinta negara mereka tinggi dengan memilih Pulau Redang.

Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) yang bernikah pada 27 April 2012 yang lalu kini sedang berada di Pulau Redang, Terengganu untuk percutian bulan madu mereka.

Menurut maklumat ringkas yang di’tulis oleh Fasha Sandha melalui akaun Instagram beliau, mereka menetap di The Taaras Beach & Spa Resort yang merupakan penerima Star Diamond Award 2012 — bukan calang calang lokasi.

Beberapa keping gambar terima kasih kepada Fasha Sandha sendiri untuk tatapan anda semua. Teruskan Membaca →

Gambar Gossip Hiburan News Selebriti