Rozita Che Wan Akan Bersara, Mula Jual Produk Bulu Mata Palsu
March 14, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News

Berita kurang baik kepada peminat hiburan yang minat akan bakat lakonan hebat Roziat Che Wan di’kaca televisyen, beliau mahu bersara.
Rozita Che Wan mengesahkan pengumuman ini yang tiada kaitan dengan beliau sudah bertemu jodoh atau kaitan dengan mana-mana VIP yang pernah di’gossipkan.
Persaraan Rozita Che Wan di’katakan 100% atas dasar mahu berhenti dari dunia hiburan yang penuh gossip & pandangan masyarakat yang sering mengaibkan keluarganya.
“Saya akan mengeluarkan produk bulu mata palsu dengan jenama menggunakan nama saya.”
“Saya optimis perniagaan ini mampu berkembang,” kata Rozita Che Wan kepada wartawan.
Nampaknya pandai Rozita Che Wan mencari sumber rezeki lain selain bidang lakonan di Malaysia yang sememangnya tidak akan ke’mana-mana.
Dengar kata selepas berjaya memiliki BMW 3 Series, sasaran Rozita Che Wan selepas ini sebuah kereta lebih mewah, Porsche Cayenne.
(Gambar) Pernikahan Umie Aida Di Masjidil Haram, Mekah
March 14, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News, Photos

Wah seronoknya menjadi tuan punya badan Umie Aida apabila hasrat untuk bernikah di Kota Mekah termakbul.
Gambar yang di’siarkan di’forum Cari ini menunjukkan wajah gembira Umie Aida, Abang K & ahli keluarga yang mengiringi ketika majlis berlangsung.
Suasana yang berlatarbelakangkan Kaa’bah menambahkan lagi nostalgia kepada detik ini di’masa hadapan. Ambil berkat tanah suci Mekah katanya.
Rombongan 20 orang ke Mekah akan kembali 18 Mac ini & majlis resepsi akan di’adakan pada 28 Mac ini.
Majlis resepsi yang akan berlangsung pada 28 Mac akan diadakan di One World Hotel dan bakal dihadiri seramai 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Tahniah buat Umie Aida & Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Semoga kekal sehingga ke akhirnya.
(Gambar) Jika Scha al-Yahya Bergelar Ibu Suatu Hari Nanti
March 12, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Photos

Hanya gambar. Simple & sweet. Kredit sepenuhnya tanpa prejudis buat kekasih Scha al-Yahya yang masih belum mengaku, Awal Ashaari. Peace bro!
Untuk tidak menghampakan sesiapa, kami sisipkan beberapa link ke beberapa bahan rawak di’internet sebagai hiburan.
Binaan bangunan terbesar menggunakan daun terup. Awesomeness!
The 15 Weirdest Statues In The World (via SuperTremendous)
The Hurt Locker menang filem terbaik anugerah Oscar baru-baru ini. Proton Wira ada memberi sumbangan. (via @mohdismail)
Selamat berhujung minggu wahai peminat hiburan tanah air sekalian. Jangan tidur sahaja, keluar & nikmati hidup.
(Gossip) Jimmy Shanley Mula Lupa Diri & Tunang Sendiri Selepas Popular?
March 12, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Baru sahaja di’nobatkan sebagai pengacara bersama Akademi Fantasia 8, sudah keluar gossip yang kurang enak. Nasib badan.
Jimmy Shanley yang hari ini semakin popular sebagai pengacara di’katakan bukan sahaja mula lupa diri, malah lupa akan siapa tunang beliau.
Seorang peminat hiburan yang mengaku sebagai teman rapat kepada tunang Jimmy Shanley menceritakan bagaimana selebriti berwajah ‘jambu’ ini curang dengan wanita lain.
Jimmy Shanley tidak berapa dahulu pernah di’katakan sudah bertunang tetapi Jimmy tetap berdiam diri akan hal ini.
Menurut sumber, Jimmy Shanley merahsiakan status pertunangan beliau atas dasar mahu menjaga populariti & saham sebagai seorang selebriti popular.
Dalam masa yang sama, Jimmy Shanley di’katakan sedang berpacaran dengan seorang wanita lain & boleh di’katakan mereka berjumpa hampir setiap hari.
Lebih menarik, tunang Jimmy Shanley di’katakan tahu akan kegiatan sandiwara ini namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana perasaan yang yang terlalu kuat.
Kepada tunang Jimmy Shanley, jika benar perkara ini terjadi, ada baiknya awak undurkan diri. Buat sakit hati & perasaan sendiri sahaja. Editor kami masih solo, mahu?
Eh, Siapa Pelakon & Pengacara Lelaki Popular Ditahan Sebab Dadah?
March 12, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News
Kemaskini: Edar Dadah: Pelakon Lelaki Popular Ditahan Reman
Siapa tengok Buletin Utama sebentar tadi?
Pembaca berita ada membacakan liputan pendek yang menarik tetapi misteri.
Seorang pelakon & pengacara lelaki popular di’katakan telah di’tahan bersabit satu kesalahan berkaitan dadah.
Artis lelaki yang masih misteri ini juga di’katakan anak kepada seorang pelakon wanita veteran popular.
Berita ini masih lagi dalam peringkat awal untuk mana-mana pihak buat spekulasi. Kita tunggu & lihat sahaja siapa gerangan’nya.
Dalam berita yang sama, seorang pelakon veteran lelaki bersama teman wanitanya yang juga seorang pelakon di’tahan di’sebuah pusat judi berkomputer.
Dua berita kelakuan tidak molek artis dalam satu masa, ini satu tanda perkembangan tidak sihat dalam dunia selebriti hari ini. Fuhhh!

