fbpx

Cara Mudah Untuk Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM12,000

Setiap tahun pasti ramai yang akan berkata mereka membayar cukai terlalu banyak lebih lebih lagi pada tahun 2015 ini dengan pengenalan GST. Jadi, apa sahaja cara untuk menyimpan duit dan berjimat dari membayar cukai pastinya akan menjadi perhatian ramai.

Lebih lebih lagi jika anda boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM12,000. Bagaimana caranya?

1. Simpan Dengan SSPN-i

Sekarang adalah masa terbaik untuk menyimpan demi masa hadapan anak anak anda, ibu bapa dan ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun dan ianya tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 seorang setahun bermakna anda berdua boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM12,000.

Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun namun individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.

2. Simpan Dengan SSPN-i Plus

Jangan risau jika anda masih belum berkeluarga, menerusi SSPN-i Plus jika anda menyimpan minima RM6,000 dan membuat bayaran premium tahun semasa kepada syarikat takaful sehingga RM6,000 pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM6,000 atas peruntukkan insuran nyawa.

Itu dia dua jalan untuk anda berjimat dan menyimpan duit dari membayar cukai lebih dari sepatutnya. Siapa kata kita tidak mampu menyimpan duit sendiri di zaman sekarang? Maklumat lanjut anda boleh layari www.ptptn.gov.my. Jom!