fbpx

Caprice Gesa Henti Buli Mawar Rashid, Mahu Edar Buku GST Percuma

Setelah peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid dihentam oleh aktivis internet dengan begitu teruk akibat tidak tahu mengenai GST, muncul penyanyi rap, Caprice yang mahu gejala pembulian siber diberhentikan selain mahu membantu orang ramai lebih peka dengan isu GST itu sendiri.

Caprice Gesa Henti Buli Mawar Rashid, Mahu Edar Buku GST Percuma - ROTIKAYA_in text

“Saya mencabar anda untuk pergi ke mana-mana kolej sekarang dan bertanya kepada pelajar lelaki mahupun wanita secara rawak mengenai GST sama ada mereka itu sangat cantik atau sangat hodoh”

“Dia (Mawar) gagal menjawab soalan tetapi berjaya mengekalkan tahap ketenangannya. Cara pengacara bertanyakan soalan dan membuat video itu untuk ditonton secara umum adalah ke arah berlakunya siber buli”

“Adakah kita pernah mengambil kira implikasi terhadap mental dan emosi yang boleh berlaku kepada gadis-gadis pada masa akan datang?” katanya dipetik daripada akaun laman Instagram miliknya.

Selain itu, Caprice juga menyatakan dia secara sukarela ingin bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk menyediakan, menulis dan mengeluarkan sebuah buku mengenai GST dan mengedarkannya di institusi pendidikan demi kebaikan bersama.

Menerusi platform media sosial, penyanyi rap, Ariz Ramli atau mesra disapa sebagai Caprice, melancarkan satu kempen ‘Bullying Stop Now’ (Hentikan Buli Sekarang) dengan menggunakan hashtag #watlekwatpeace sebagai mengalakkan belia menyebarkan rasa cinta. (rtky/s)