fbpx

“Buktikan Saya Salah & Saya Beri RM100 Juta”

Pengasas D’Herbs Holding, Datuk Aliff Syukri menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau ingin memiliki tanah di negeri Kedah sebagai syarat untuk menaja pasukan bola sepak negeri itu. Manakala menurut perbincangan sebelum ini juga, penjanjian tersebut telah dipersetujui.

BACA: “Orang Boleh Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal”

“Tanah berkenaan merupakan tapak projek terbengkalai sebelum ini dan hasil perbincangan telah bersetuju agar tanah berkenaan dibangunkan secara kerjasama dengan PKNK. Tiada istilah saya mahukan tanah itu secara percuma, dan apa yang saya nak hanyalah untuk pelaburan”

“Kalau betul saya nak tanah, dengan RM30 juta saya boleh dapat tanah di Selangor. Mengapa sebelum ini kami boleh berbincang tapi bila keputusan penolakan dibuat tiada perbincangan diadakan dan pihak mereka terus membuat sidang media,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Aliff mengakui pihaknya terkejut dengan penolakan penajaan itu serta menegaskan agar pihak berkenaan dapat membuktikan jika benar beliau ingin merampas tanah negeri itu. Malah untuk itu, wang berjumlah RM100 juta menjadi taruhan jika benar dakwaan Menteri Besar Kedah.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumkan tentang penolakan tawaran penajaan oleh D’Herbs sebanyak RM30 juta. Ini adalah kerana bagi memastikan hak rakyat di negeri itu tidak tergadai dan dirampas. (rkty/w)