fbpx

“Bukan Neelofa Seorang Temankan Saya”

Bahang drama Suri Hati Mr Pilot seperti tidak pernah reda, baru-baru ini sekeping gambar menunjukkan Neelofa menemani Fattah Amin bermain futsal tersebar. Ramai yang mengganggap ada cinta sedang berputik diantara mereka. Bagaimanapun Fattah menjelaskan, kedatangan Neelofa adalah bersama rakan-rakannya, bukan hanya berdua seperti yang didakwa.

BACA: Aksi Neelofa Teman Fattah Amin Main Futsal Curi Perhatian

“Untuk pengetahuan ketika perlawanan futsal berlangsung, Lofa hadir bersama beberapa rakan baiknya. Mungkin dalam video nampak macam Lofa datang teman saya tapi sebenarnya ramai lagi rakan-rakan yang ada. Yang rekod video kami berdua itu pun salah seorang daripada teman baiknya cuma bila dilihat pada video itu nampak seperti kami berdua saja”

“Kahwin? Belum ada target umur dan saya pun tak terfikir lagi. Masih banyak benda yang saya belum capai. Jadi lebih baik saya bina kerjaya dan fokus dengan kerja yang saya buat dulu sebelum pikul tanggungjwab besar sebagai seorang suami,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai gambar yang viral menunjukkan Neelofa menemaninya bermain futsal.

Sementara itu, Fattah turut mengakui bahawa dirinya selesa berkawan dengan Neelofa yang mempunyai latar belakang bidang perniagaan yang berjaya. Selain tidak lokek berkongsikan ilmu beliau dalam perniagaan, Neelofa juga sering mengajar selok belok dunia lakonan. Buat peminat mereka, doakan yang baik-baik sahaja, kalau dah jodoh tak lari ke mana. (rkty/w)