fbpx

“Bukan Lari Bayar Cukai, Saya Cuma Ada Tunggakan”

Semalam heboh seketika apabila Rozita Che Wan dikatakan tidak dapat keluar negara kerana mempunyai tunggakkan cukai dengan jumlah yang tinggi sehingga terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran anaknya di London. Bagaimanapun, Che Ta menafikan dakwaan mengatakan beliau mengelak membayar cukai sehingga menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat.

BACA: Tidak Bayar Cukai, Che Ta Disekat Keluar Negara

“Saya bukannya tidak membayar cukai, selama ini. Seperti biasa, saya membayar cukai terkini. Begitupun, tidak dinafikan masih ada sejumlah tunggakan daripada cukai terdahulu. Saya tahu dan sedar tanggungjawab saya. Memang saya kena bayar cukai seperti orang lain juga. Cuma, jumlah tunggakan cukai yang perlu saya bayar adalah besar nilainya”

“Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya secara sekali gus. Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara ini,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai berita kononnya beliau disekat ke luar negara kerana mengelak untuk membayar cukai sehingga tertunggak.

Rimas dengan masalah cukai tertunggak yang dihadapinya, Che Ta mengambil pendekatan melantik ejen percukaian bagi memudahkan urusan tersebut sekaligus menyelesaikan masalah perjalanan beliau ke luar negara. Bagaimanapun ejen yang dilantik itu merupakan ejen ketiga selepas ejen terdahulu gagal menyelesaikan urusan cukai yang dihadapinya.

Terdahulu, Che Ta terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut majlis ulangtahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang dirancang untuk diadakan di London berikutan masalah cukai tertunggak. Mengakui tidak mampu membayar jumlah tunggakan cukai itu, Che Ta tetap meneruskan majlis sambutan kelahiran anaknya itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.(rkty/w)