fbpx

Bront Palarae Batal Resepsi Di Kuala Lumpur Selepas Isu Nikah Tersebar

Pelakon ini tetap dengan pendirian beliau untuk hanya berkongsi kisah perkembangan kerjaya dengan peminat & seboleh bolehnya ingin mengelakkan sebarang isu peribadi menjadi perhatian — tetapi, ini dunia selebriti penuh pancaroba bukan?

Bront Palarae dalam satu temubual bersama media ketika tayangan telemovie New York Cinta berkata beliau mempunyai sebab sendiri untuk berdiam diri tentang pernikahan beliau kerana banyak hati di’sekeliling hidupnya yang perlu dijaga.

“Saya tak rahsiakan. Tapi saya nak jaga hati banyak pihak. Saya ada ramai kawan, jadi kalau katakan saya jemput beberapa orang saja, nanti yang lain kecil hati pula”

Tambah Bront Palarae lagi, beliau sebenarnya ada merancang untuk membuat resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur menjemput rakan rakan namun ia terpaksa di’batalkan selepas kejutan yang dirancang tidak menjadi dengan isu nikah yang panas.

“Memang saya merancang nak adakan resepsi dan jemput kawan-kawan. Tetapi sedang saya merancang, tiba-tiba tersebar pula cerita yang saya sudah bernikah”

“Selepas apa yang dah berlaku ni, saya tak mungkin akan buat resepsi di Kuala Lumpur. Saya hanya akan buat majlis resepsi di Hatyai sekitar hujung tahun ini,” katanya.