fbpx

Brad Pitt, Angelina Jolie Sudah Kahwin Selepas 9 Tahun Bersama

Pasangan selebriti popular Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie telah disahkan berkahwin pada Sabtu lalu di Perancis, menurut jurucakap kepada pasangan ini kepada media.

Perkahwinan mereka dikhabarkan berlangsung di Château Miraval, kawasan lebih 1,000 ekar milik mereka berdua yang terletak di selatan Perancis.

Mereka kemudian terus bergerak ke Malta untuk berlakon dalam filem romantik dengan judul By the Sea yang akan memulakan penggambaran minggu hadapan. By the Sea akan menjadi filem ke tiga arahan Angelina Jolie dan filem pertama mereka berlakon sama sejak Mr & Mrs Smith.

Pasangan ini bertemu dan dikhabarkan mula bercinta ketika penggambara filem Mr & Mrs Smith sekitar tahun 2005 sebelum bertunang pada tahun 2012 yang lalu. Tekanan dari anak anak mereka dikatakan menjadi pendorong untuk mereka berkahwin.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Brad Pitt (50) yang sebelum ini pernah mengahwini aktress Jennifer Aniston selama lima tahun dan merupakan yang ketiga buat Angelina Jolie (39) yang pernah berkahwin dengan Jonny Lee Miller dan Billy Bob Thornton. (rtky/m)