fbpx

BOTB: Cristina Suzanne Dan Marsha Londoh Teraju Utama Sinetron Bicara Hati

Baru panjang sikit dari drama bersiri Malaysia yang biasa, sudah kami gelar sinetron ala Indonesia. Walhal, hanya 26 episod.

Osman Ali kembali lagi dengan karya yang di’angkat dari sebuah novel dan kali ini giliran Bicara Hati nukilan asal Damya Hanna.

Drama bersiri yang bakal di’tayangkan di Astro Prima bermula 3 Januari 2012 ini menampilkan Sharnaaz Ahmad yang memegang watak utama iaitu Tengku Syahran.

Drama bersiri ini akan turut menampilkan buat pertama kali sebagai teraju utama, Cristina Suzanne Stockstill yang akan memegang watak Zahlia — juga Marsha Milan Londoh yang memegang watak Linda.

Jadi, apalah kiranya jika kami gandingkan dua watak wanita utama ini sebagai calon Battle of the Babe edisi hari ini.

[poll id=”28″]