fbpx

Bohsia 2: Jalan Kembali Mengutip RM1 Juta Dalam Masa Dua Hari Tayangan

Kalau anda perasan, tahun 2012 sebenarnya tahun suram buat industri perfileman Malaysia. Bercakap kepada beberapa penerbit baru baru ini, mereka turut mengiyakan perkara ini.

Bohsia 2: Jalan Kembali merupakan filem Melayu terbaru yang menerjah ke pawagam bermula tengah malam Rabu lalu dan sambutan yang di’terima sangat menggalakkan.

Menurut laporan tidak rasmi mereka yang bekerja di’belakang tabir filem ini, untuk temph 48 jam yang lalu Bohsia 2: Jalan Kembali telah berjaya mengutip lebih RM1 juta jualan tiket.

Di’bintangi nama nama besar seperti Syamsul Yusof, Salina Salbi, Nabila Huda, Zizan Razak & Sofi Jikan, filem ini ternyata berjaya menarik penonton ke panggung dalam kerancakan kemasukan filem Hollywood musim panas ini.

Sebagai fakta ringkas untuk anda, 12 daripada 27 filem yang di’terbitkan pada 2012 setakat tidak berjaya hasilkan kutipan melebihi RM1 juta & lagi 9 hanya mengutip bawah RM2 juta.