fbpx

Bocey Juara MLM 2016, Bawa Pulang RM500,000

Semalam kumpulan Bocey telah menjadi juara didalam program komedi, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016. Persaingan minggu akhir yang diadakan di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang itu menyaksikan kumpulan Bocey berjaya meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.

BACA: Bocey Mula Naikkan Harga & Makin Lupa Diri?

Memetik laporan Berita Harian Online, tiga kumpulan lain seperti Joras memenangi tempat kedua berserta hadiah wang tunai RM250,000 dan trofi. Kumpulan Puteh berada di tempat ketiga meraih wang tunai RM150,000 dan trofi manakala kumpulan LOL pula ditempat keempat menerima wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Majlis penyampaian hadiah pula disampaikan oleh pelawak veteran tanah air, Abdul Wahid Ahmad atau lebih dikenali sebagai Wahid Satay yang turut diiringi oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Datuk Khairul Anwar Salleh.

MLM edisi kelima ini menampilkan juri tetap seperti Ziana Zain, Shaheizy Sam serta dua juri luar iaitu Najip Ali dari Singapura dan Bunga Citra Lestari dari Indonesia yang mewakili 70 peratus undian manakala bakinya daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). (rkty/w)