Oleh RotiKaya Staff pada
15 April 2013, 1:04PM

Sebelum ini, pada konsert mingguan pertama Bintang Mencari Bintang kumpulan BOWL yang merupakan anak didik kepada Afdlin Shauki jatuh tersungkur dengan mendapat tempat yang tercorot.

Pada konsert mingguan kedua Bintang Mencari Bintang malam kelmarin mereka bangkit dan membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi juara dan seterusnya mengenepikan pencabar lain dalam kumpulan A.

Danial yang merupakan salah seorang peserta yang berasal dari Pulau Pinang cukup menyerlah pada malam konsert mingguan kedua ini dengan tampil lawak jenaka yang bersahaja dan caranya yang begitu memikat hati juri dan penonton yang menyaksikan konsert pada malam tersebut.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana kami berjaya menjadi Juara pada minggu ini dan tidak menyangka kerana sebelum ini kami di tangga yang tercorot dan hari ini kami bangkit”

“Terima Kasih saya ucapkan kepada Abg Afdlin dan Ali kerana membantu dan mengajar kami sehingga menjadi juara malam ini. Sebelum ini, tidak dinafikan saya agak gugup dan pada malam ini ternyata saya sudah membuang segala masalah tesebut dan hasilnya anda semua boleh menilainya,” kata Danial bersungguh.

Afdlin dengan kata yang lainnya juga mengucapkan tahniah kepada anak didiknya yang telah berjaya menjadi juara pada minggu ini dan tidak menyangka kemenangan pada malam ini.

“Saya bersyukur dan tahniah kepada mereka berdua kerana telah berjaya pada malam ini. Bagi saya pada konsert pertama mereka jatuh di tangga tercorot dan dari situ mereka banyak belajar mencari apa kesilapan yang telah berlaku pada konsert pertama dan akhirnya pada hari ini mereka berjaya bangkit dan seterusnya memenangi konsert mingguan yang kedua ini, dan berharap mereka akan mengekalkan momentum-momentum yang seterusnya untuk konsert-konsert yang akan datang,” ujarnya mengakhiri perbualan.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...