fbpx

“Bila Dah Cukup Kuota, Baru Boleh Jaga Badan”

Bakal menimang cahaya mata kedua dalam hidupnya, Fizz Fairuz meluahkan rasa bersyukur apabila isterinya, Almy Nadia telah hamil anak kedua yang kini berusia lima bulan. Malah bagi Fizz, dirinya tidak kisah jika jika isterinya mengalami kenaikan berat badan kerana hamil.

BACA: Fizz Fairuz Terima Diri Sudah Tidak Popular

“Jika sebelum ini dia bimbang dengan kenaikan berat badannya, tetapi bagi saya, ia tidak menjadi masalah besar. Saya katakan padanya, selagi dikurniakan rezeki anak, terima sahajalah, bila sudah cukup kuota, baru berhenti dan jaga badan,” katanya kepada Sinar Harian Online mengenai isterinya yang hamil lagi selepas melahirkan anak pertama tahun lalu.

Tambahnya lagi, walaupun ada pertambahan ahli keluarga, beliau akui bahawa pada ketika ini mereka lebih selesa menjaga urusan penjagaan anak-anak sendiri, malah mereka juga tidak mempunyai pembantu rumah untuk menjaga segala keperluan anak-anak. Namun begitu, kesibukan menjaga anak-anak sesekali tidak menjejaskan perjalanan kerjaya mereka.

Selain dari itu, Fizz juga turut tidak ketinggalan berasa bertuah kerana kesudian Almy untuk meluangkan masa serta menumpukan perhatiannya kepada urusan rumah tangga lebih kepada kerjaya seni sendiri. Keadaan itu jelas menyenangkan urusan apabila mereka tidak lagi perlu memikirkan soal keselamatan apabila anak dijaga orang lain. (rkty/w)